Warga Emas Nyaris Maut Bersama Cicit Dalam Kebakaran di Dungun - Semasa | mStar

Warga Emas Nyaris Maut Bersama Cicit Dalam Kebakaran di Dungun

DUNGUN: Seorang wanita warga emas bersama dua cicitnya nyaris maut selepas kediaman mereka di Kampung Alur Tembesu, di sini, hangus dijilat api Jumaat.

Kebakaran pukul 9 pagi itu hampir mengorbankan Bunga Mohamad, 70 serta dua cicitnya Ahmad Adam Iman Ahmad Nur, 5 dan adiknya Nur Amirah Syuhada Ahmad Nur, 3 sebelum diselamatkan oleh orang ramai yang menyedari kejadian itu. 

Mangsa yang juga mengalami masalah lumpuh itu tinggal bersama anaknya Zaleha Razak, 52, namun pada masa kejadian, anaknya itu tiada di rumah kerana keluar bekerja di bandar.

Menurut cucu mangsa, Nur Shahida Din, 21, berkata ketika itu dia baharu sahaja selesai menghantar dua orang anaknya di rumah berkenaan sebelum menghantar suaminya yang bekerja di sebuah kedai makan di bandar Dungun. 

Katanya apabila beliau hendak pulang ke rumah emaknya untuk mengambil anak-anaknya, beliau terkejut melihat kepulan asap dari jauh dan terus bergegas ke
sana.

"Melihat kepulan asap tersebut, saya terus bergegas pulang dan dalam hati saya ketika itu hanya teringat dua orang anak saya bersama nenek yang berada di dalam rumah tersebut. Sebaik tiba saya lihat api sudahpun membakar keseluruhan rumah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini Jumaat.

Jelasnya sebaik tiba di tempat kejadian dia terus mencari nenek dan dua orang anaknya itu dan dia dimaklumkan oleh jirannya bahawa kesemua mereka sudah pun dibawa keluar dari rumah itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun, Awin Su (Awin Bin Su) berkata sebaik menerima panggilan, sebuah jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian.

Katanya ketika di tempat kejadian api telah membakar keseluruhan rumah kediaman terbabit yang dibina daripada kayu dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian.

"Kami juga menerima bantuan jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dalam proses pemadaman api. Keadaan struktur rumah yang dibina oleh bahan mudah terbakar juga menjadi penyebab api marak terlalu cepat sehingga memusnahkan keseluruhan struktur rumah berkenaan " katanya.

Menurutnya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Kebakaran , Dungun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain