suria

Pemimpin PAS Dan DAP Perlu Hentikan Perbalahan - Azmin Ali

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pemimpin PAS dan DAP menghentikan perbalahan sesama sendiri secara terbuka dalam media berhubung isu kabinet bayangan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat mereka harus saling menghormati dan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu berkenaan. Katanya tindakan berbalah secara terbuka melalui media tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara mahupun negara.

"Jadi kembali semula ke meja rundingan dan berbincang," katanya kepada pemberita ketika mengulas perbalahan antara sekutu pakatan pembangkang itu selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2014, di sini, Sabtu.

DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata PKR kini sedangmengusahakan untuk membawa PAS dan DAP ke meja rundingan dan bersedia untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikan masalah itu.

Pada Sabtu media melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaiberkata kabinet bayangan DAP sebagai tidak berpijak di bumi yang nyata kerana menurutnya tidak mengambil kira masyarakat majmuk yang ada di negara ini.

Mohamed Azmin Ali, DAP, Pas, PKR

Artikel Lain