suria

1MDB: PAC Perlu Siasat Jho Low - Khairy

Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA: Ahli perniagaan Jho Low perlu disiasat di atas dakwaan penglibatan beliau dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno  berharap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dapat memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dalam prosiding 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya hormati keputusan PAC dan berpegang kepada kenyataan Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed iaitu "tiada keperluan buat masa ini", namun untuk penyelesaian menyeluruh saya masih berharap individu tersebut tetap akan dipanggil beri keterangan selepas ini," katanya.

Selepas memulakan prosiding pertama selama tiga jam ke atas tadbir urus  syarikat 1MDB pada Selasa, Nur Jazlan dalam sidang medianya selepas itu menyatakan tiada keperluan buat masa ini untuk PAC memanggil ahli perniagaan tersebut.
1MDB, Jho Low, Khairy Jamaluddin

Artikel Lain