Kapal Korek Karam Di Pengerang: 14 Kru Hilang, Seorang Selamat - Semasa | mStar

Kapal Korek Karam Di Pengerang: 14 Kru Hilang, Seorang Selamat

Kapal korek. GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU: Sebuah kapal korek membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini karam dipukul ombak awal pagi Rabu di kedudukan 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, 14 kru kapal dilaporkan hilang manakala seorang berjaya diselamatkan.

Kapal itu sedang menuju ke perairan Pengerang dekat sini apabila dipukul ombak menyebabkannya terbalik lalu karam, katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

"Berikutan itu, kesemua kru kapal yang terdiri daripada 14 warga China dan seorang warga tempatan terjatuh ke dalam laut. 

"Namun seorang daripadanya telah berjaya diselamatkan oleh kapal yang kebetulan melalui kawasan itu, manakala 14 lagi kru masih hilang," katanya.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa hilang oleh Pasukan Gerakan Marin sedang giat dilakukan membabitkan sebuah kapal, tiga bot APMM Daerah Tanjung Sedili dan pesawat udara APMM.

APMM

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain