suria

Pelaburan KWSP Dalam Bon 1MDB Tidak Berisiko

Shahril Ridza Ridzuan.

KUALA LUMPUR: Bon RM200 juta yang dilanggan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2009 tidak berisiko dan dijamin oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, bon itu terjamin dan tidak ada risiko kepada pelaburan KWSP.

"Ia (jaminan kerajaan) adalah bentuk jaminan tertinggi," katanya di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa 2015 di sini, Selasa.

Beliau berkata KWSP meletakkan keyakinan sama dalam pelaburannya berjumlah RM1.52 bilion dalam anak syarikat 1MDB iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd.

Shahril berkata, pelaburan itu adalah daripada pembabitan KWSP dalam membiayai dua loji tenaga melalui bon infrastruktur masing-masing pada 2003 dan 2005 sebelum 1MDB diambil alih syarikat berkenaan pada 2012 dan tahun lalu.

"Pelaburan dalam kedua-dua loji tenaga terjamin sepenuhnya kerana kredit aset asas adalah sangat kukuh.

"Kami akan dilindungi daripada aset loji tenaga di samping aliran tunai daripada jualan tenaga.

"Aliran tunai dijana daripada loji tenaga akan digunakan untuk menjelaskan hutang terlebih dahulu sebelum membayar sebarang dividen kepada pemegang saham," katanya.

bon 1MDB, KWSP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain