suria

Tebusan Dibawa Ke Jolo, Selatan Filipina

Lokasi Thien dan Then diculik.

KOTA KINABALU: Dua tebusan warga Malaysia yang diculik dari Restoran Makanan Laut Ocean King di Sandakan dilaporkan dikurung di sebuah perkampungan di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.

Pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, and pelancong dari Sarawak Bernard Then Ted Fen, 39, berada dalam keadaan keliru dan takut tetapi mereka tidak diapa-apakan selepas dibawa ke kampung Indanan di sini awal pagi Jumaat.

Menurut pasukan keselamatan Filipina dan beberapa pekerja sosial, kedua-dua tebusan itu sedang dipantau oleh seramai 12 lelaki bersenjata.

Laporan tersebar apabila empat lelaki bersenjata yang menculik mereka pada Khamis sedang berunding  untuk menyerahkan kedua-dua tebusan itu kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Difahamkan penculikan tersebut yang diketuai adik-beradik, Mindas Muktadil dan Kadafi Muktadil sedang berunding untuk menyerahkan dua tebusan itu sama ada kepada komander Abu Sayyaf, Indang Susukan @ Jihad atau sub-komander Alhabsy Misaya.

Namun, pihak berkuasa Filipina mahupun Malaysia mengesahkan lokasi kumpulan penculik atau tebusan tersebut.

Aktivis anti penculikan tempatan, Prof Octavio Dinampo berkata, kedua-dua tebusan itu mungkin akan diserahkan kepada kumpulan Susukan yang kini diketuai oleh Jihad.

Jihad adalah adik kepada Mujib Susukan antara lelaki bersenjata di selatan Filipina yang terlibat melakukan penculikan seramai 21 orang termasuk rakyat Malaysia dan warga asing dari Pulau Sipadan pada tahun 2000.

Namun, Jihad dan abangnya, Indang disyaki sebagai dalam kes penculikan ini.

Prof Dinampo berkata, mereka tinggal di Jampiras yang terletak di Teluk Sandakan dan kumpulan Susukan mempunyai kira-kira 30 pengikut dan berkemungkinan mendapat bantuan beberapa penduduk tempatan.

Polis Jolo percaya Alhabsy membiayai rancangan penculikan Thien dan Then dengan membelanjakan kira-kira satu juta peso (RM80,200) dan menyediakan senjata M16 dan beberapa pistol serta sebuah bot laju.

Pegawai polis di Jolo bagaimanapun berkata mereka menerima maklumat bahawa mangsa mungkin dibawa ke perkampungan Sitio Bullo di Parang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mereka sedang mengesahkan panggilan telefon yang diterima oleh pasukan keselamatan kononnya menuntut wang tebusan yang tidak didedahkan jumlahnya untuk membebaskan dua tebusan tersebut.

Isteri Then, Chan Wai See yang datang bercuti bersama suaminya di Sandakan kini berada di rumah rakan untuk menunggu panggilan daripada penculik tersebut.

Keluarga Thien turut mendoakan agar dia pulang dengan selamat.

Artikel Berikut

Artikel Lain