25 Penyokong Terengganu Ditahan Merusuh - Polis - Semasa | mStar

25 Penyokong Terengganu Ditahan Merusuh - Polis

Sebahagian daripada penyokong Terengganu yang ditahan oleh anggota polis dalam rusuhan bola sepak selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sabtu malam.

KUALA TERENGGANU: Seramai 25 penyokong bola sepakTerengganu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan dan bertindak liar pada separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan tuan rumah dan pasukan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini,Sabtu malam.

Mereka yang berusia antara 16 hingga 36 tahun ditahan kerana gagal mengawal perasaan selepas pasukan penyu itu gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala FA 2015.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata keadaan itu memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pihak keselamatan serta melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokongTerengganu yang cuba berindak liar dengan memusnahkan harta benda stadium.

Kekecohan dan rusuhan itu juga menyebabkan empat anggota yang bertugas mengawal keadaan turut mengalami kecederaan setelah penyokong bertindak di luar kawalan dengan memukul dan membaling batu ke arah mereka.

"Daripada tangkapan itu, seramai 22 orang ditahan reman empat hari kerana merusuh, seorang ditahan kerana memiliki suar dan direman tiga hari," katanya pada sidang media di sini,Ahad.

Dua lagi disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya kerana positif dadah Methamphetamine dan dibebaskan dengan jaminan polis. 

"Semua anggota yang cedera ringan pula diberi rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya.  Idris berkata hasil pemeriksaan selepas insiden itu, pihaknya mendapati sebuah Land Rover polis turut dirosakkan, selain cermin tingkap dua bas dipecahkan serta sebuah ambulans milik St John dibakar.

Seramai 366 anggota pasukan keselamatan ditugaskan mengawal keadaan.

Sejurus permainan berakhir malam tadi, para penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu terhadap kenderaan dan merosakkan harta benda awam di luar stadium.

Insiden itu dipercayai ekoran penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob, yang tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.

Dalam perlawanan itu, kemenangan 3-2 skuad bimbangan Abdul Rahman Ibrahim gagal menghalang wakil Singapura Lions XII mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Idris berkata setakat ini, empat laporan polis berhubung kerosakan kenderaan telah diterima dengan dua daripadanya dibuat oleh pemandu bas dan masing-masing satu oleh pemilik kereta Vios dan ambulans.

Dalam pada itu, Idris menafikan gambar yang tersebar luas di laman sosial berhubung orang awam cedera ditembak dalam insiden itu dan pihaknya telah melakukan pemeriksaan bersama dengan pihak hospital bagi mengenal pasti perkara itu.

Siasatan menyeluruh berhubung insiden kekecohan itu sedang dijalankan dan pihaknya masih mengesan individu lain bertindak membakar ambulans dan terlibat dalam kekecohan itu.

merusuh , penyokong terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain