Rakyat Sabah Terdedah Bahaya - Semasa | mStar

Rakyat Sabah Terdedah Bahaya

SANDAKAN: Penculikan terbaharu dua rakyat Malaysia oleh lelaki bersenjata Filipina di sebuah restoran popular di sini membuatkan rakyat Sabah berasa terdedah bahaya kerana ia berlaku sekitar 3 kilometer daripada  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Kes penculikan berani di Restoran Makanan Laut Ocean King membabitkan pemilik bersama Thien Nyuk Fun dan seorang pelanggan, Bernard Then Ted Fen lewat petang Khamis adalah jenayah yang pertama di tanah besar.

Penculikan sebelum ini berlaku di pulau-pulau yang lebih jauh atau seperti di Lahad Datu dan Semporna.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Tham Nyip Shen berkata serbuan di kedai makan yang popular yang sering dikunjungi ahli-ahli politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai polis menakutkan penduduk setempat.

"Ia amat tidak baik. Orang ramai rasa terdedah bahaya. Kumpulan bersenjata memasuki kawasan ini dan kemudian berjaya melarikan diri. Ia adalah satu tamparan untuk bukan sahaja industri pelancongan tetapi penduduk setempat," katanya.

Tham yang juga bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Sandakan berkata, ketidakupayaan untuk melindungi kawasan teluk Sandakan membimbangkan penduduk pantai timur Sabah walaupun diwujudkan perintah berkurung.

"Lebih banyak yang perlu dilakukan. Adalah sukar bagi orang ramai untuk bertenang ekoran jenayah rentas sempadan yang berterusan dan kita tidak dapat mempertahankan diri kita sendiri," katanya.

Escomm , Culik , Ocean King

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain