Universiti Awam Perlu Cari Dana Sendiri -Idris - Semasa | mStar

Universiti Awam Perlu Cari Dana Sendiri -Idris

ARAU: Universiti awam harus mengambil pemotongan peruntukan tahun ini sebagai cabaran untuk menonjolkan keupayaan masing-masing dalam mencari dana terutama bagi membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata universiti awam akan dilihat lebih berwibawa apabila tidak terlalu bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan untuk menjalankan operasi.

"Kerajaan tidak boleh sentiasa memberi peruntukan itu kerana banyak pihak lain juga memerlukannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis 'Kolaborasi Industri-Akademia' antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan enam buah syarikat di universiti itu, di sini, Sabtu.

Beliau berkata universiti perlu mengadakan lebih banyak kolaborasi dengan industri yang membantu mempercepatkan perkembangan dan mengukuh dan memantapkan subjek-subjek yang ditawarkan.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof Emeritus Ir Dr Zainai Mohamed.

"Cara ini lebih berkesan dan mempastikan apa yang diajar di universiti relevan dengan keperluan industri supaya pelajar tidak menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

"Oleh itu semua universiti perlu meningkatkan kolaborasi akademia-industri mengikut bidang masing-masing," kata Idris. 

Katanya UniMAP adalah contoh terbaik walaupun usianya baru mencecah 13 tahun tetapi telah menduduki ranking ketujuh terbaik dalam negara dan berada pada kedudukan 750 terbaik dari lebih 40,000 universiti di seluruh dunia.

"Saya kecewa dengan segelintir rakyat Malaysia enggan mengiktiraf pencapaian universiti awam kita yang bertambah baik berbanding tiga tahun lepas walaupun banyak berkedudukan 100 terbaik dunia mengikut bidang seperti Universiti Putra Malaysia (54 dunia) dalam bidang pertanian," tambahnya.

Katanya setiap kritik harus berasaskan fakta dan masyarakat harus menerima hakikat bahawa universiti awam negara ini meningkat maju menyebabkan banyak universiti ternama dunia menjalin hubungan serta membuka kampus cawangan di Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain