suria

Majlis Fatwa Tak Pernah Bincang Perjanjian Tanah TH - 1MDB - Mufti Perlis

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah berbincang mengenai perjanjian tanah melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam posting Facebook, malam Ahad, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tiada sebarang mesyuarat mengenai perkara itu sejak beliau mengambil alih jawatan dan menjadi ahli Majlis Fatwa pada 1 Februari.

"Sejak saya memegang jawatan sebagai mufti Perlis dan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1 Februari, saya tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat oleh majlis berhubung pelaburan 1MDB itu.

"Itu sahaja yang boleh saya katakan kepada mereka yang menghantar e-mel kepada saya tentang perkara ini," katanya, merujuk kepada dakwaan oleh pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa Majlis Fatwa telah memutuskan bahawa pembelian tersebut adalah mematuhi Syariah.

TH telah mendapat pelbagai kritikan selepas pembelian sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB.

TH mempertahankan keputusan untuk membeli tanah itu dengan berkata ia telah membelanjakan RM188.5 juta untuk 1.6 ekar tanah manakala nilai saksamanya adalah RM194 juta.

Pada Sabtu, TH berkata tiga syarikat berminat untuk membeli sebidang tanah dan perjanjian akan dimeterai dalam tempoh dua minggu.

Abdul Azeez berkata, TH telah bertindak atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menamatkan kontroversi.

Artikel Lain