suria

Abim Serah Memorandum Tuntut Pemimpin Tabung Haji Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menuntut agar pemimpin Lembaga Tabung Haji berundur selepas tercetus kontroversi urusan pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kumpulan bersama 10 orang ahli dengan diketuai oleh presidennya Amidi Abdul Manan tiba di ibu pejabat Tabung Haji itu pada kira-kira 3.30 petang Isnin.

"Kami menggesa Tabung Haji dibersihkan daripada unsur-unsur IMDB dan pihak pengurusan atasan yang terlibat perlu berundur," katanya kepada pemberita.

Beliau menyerahkan memorandum kepada Pemangku Ketua Pegawai Operasi Adi Azwan.

Penolong Setiausaha Agung Abim Ahmad Fahmi Mohd Samsudin memberitahu The Star bahawa mereka mungkin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Mereka kemudian bersurai secara aman pada kira-kira 4.15 petang.

Isu Tabung Haji 1MDB-mula dibangkitkan oleh blog, yang meletakkan dokumen mengenai Tabung Haji membayar 1MDB dengan jumlah RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX).

Tabung Haji mempertahankan keputusan untuk membeli tanah tersebut dengan berkata tanah seluas 1.6 ekar itu bernilai RM188.5 juta manakala nilai pasaran semasa adalah RM194 juta.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah menafikan bahawa penjualan itu adalah untuk menyelamatkan 1MDB.

Pada Sabtu,  Abdul Azeez berkata, TH mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membeli tanah itu.

Abim, Tabung Haji

Artikel Lain