Mahkamah Tinggi Kota Baharu Tolak Saman Pemula Hudud Parti Gerakan - Semasa | mStar

Mahkamah Tinggi Kota Baharu Tolak Saman Pemula Hudud Parti Gerakan

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada Khamis menolak saman pemula difailkan parti Gerakan terhadap kerajaan negeri Kelantan berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati kes berkenaan adalah pramatang dan bersifat 'ultra vires' (melampaui bidang kuasa).

"Dengan ini memutuskan bahawa kausa tindakan pada 18 Mac belum lagi wujud semasa plaintif memfailkan notis usul ini dan ia seolah-olah 'put the cart before the horse' dan bantahan awal defendan diterima," katanya.

Mahkamah ini juga menetapkan bahawa jikapun kausa tindakan enakmen wujud pada 18 Mac sekalipun plaintif perlu mendapatkan kebenaran daripada Hakim Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 4(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 128, katanya.

Azman turut memutuskan saman pemula berkenaan dibatalkan dengan kos sebanyak RM10,000.

Kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Shahidani Abdul Aziz manakala Gerakan diwakili peguam Andy Yong Kim Seng.

Gerakan pada 18 Mac lepas memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada tarikh sama.

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T.
Low di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai defendan.

Hudud , Gerakan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain