Polis Siap Sedia Hari Pengundian Pada Khamis - Semasa | mStar

Polis Siap Sedia Hari Pengundian Pada Khamis

Petugas-petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melakukan persiapan akhir menyiapkan kelengkapan mengundi sebelum dibawa ke pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada Rabu.

BUKIT MERTAJAM: Polis bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada Khamis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi untuk menjalankan tugas bagi memastikan proses pengundian lancar dan aman.

"Tujuan saya berada di sini (Permatang Pauh) hari ini adalah untuk meninjau persiapan terakhir menjelang hari mengundi esok. Sejak hari penamaan calon pada 25 April lepas hingga hari ini, saya berpuas hati dengan perjalanan kempen PRK Permatang Pauh.

"Selain itu, polis juga bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengelak kekecohan bagi memastikan keadaan terkawal esok. Anggota kami ditempatkan di semua lokasi yang sepatutnya untuk melancarkan trafik dan proses pengundian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, Rabu.

Menurutnya polis juga menerima 91 laporan berkaitan salah laku pilihan raya dan telah membuka lapan kertas siasatan bagi PRK Parlimen Permatang Pauh sejak hari penamaan calon hingga hari ini.

"Lapan kertas siasatan yang dibuka itu berkaitan perbuatan khianat iaitu merosakkan kain rentang dan papan iklan calon, ahli sebuah parti politik dicederakan, mencuri pembesar suara dan mengadakan ceramah tanpa permit. Setakat ini tiada ceramah yang diadakan berbaur hasutan yang melampau.

"Boleh dikatakan sepanjang tempoh berkempen ini, keadaan aman dan terkawal. Saya harap hari mengundi esok tidak ada perkara yang boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai untuk keluar mengundi," kata Khalid.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden  PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain