Keputusan PRK Rompin Akan Dikaji - Najib - Semasa | mStar

Keputusan PRK Rompin Akan Dikaji - Najib

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan melakukan post-mortem bagi meneliti keputusan pilihan raya kecil (PRK) Rompin yang menyaksikan kemerosotan peratusan undi kepada parti itu.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata post-mortem itu akan mengambil kira isu yang telah dibangkitkan bagi memperkukuh lagi pencapaian dan prestasi BN pada pilihan raya akan datang.

"Kami akui bahawa peratusan undi kepada Barisan Nasional telah merosot daripada 66.53 peratus kepada 61 peratus, walaupun majoriti kekal pada tahap selesa.

"Kami akan meneliti keputusan PRK Rompin kali ini dan melakukan post-mortem dengan mengambil kira isu yang telah dibangkitkan bagi memperkukuhkan lagi pencapaian dan prestasi Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," katanya.

Perdana menteri yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam entri terbaharu blog www.najibrazak.com, Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Rompin kerana memberi kepercayaan kepada BN untuk terus membawa pembangunan dan kemajuan di Rompin.

"Saya yakin Datuk Hasan Arifin mampu meneruskan usaha dan perkhidmatan baik kepada penduduk Rompin sebagaimana yang diberikan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis," katanya.

Penghargaan turut dirakamkan kepada jentera BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku penyelaras parti bagi pilihan raya kecil itu, serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut bersama menggerakkan jentera parti negeri.

Dalam PRK semalam, BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dengan meraih majoriti 8,895 undi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin Hasan, 62, meraih 23,796 undi berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.-- Bernama

PRK Rompin , Najib Razak , BN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain