Hasan 'Lepak' Kedai Roti Canai Dekati Rakyat - Semasa | mStar

Hasan 'Lepak' Kedai Roti Canai Dekati Rakyat

Hasan Arifin beramah mesra dengan penduduk setempat yang berbilang kaum selepas beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini, Rabu.

ROMPIN: Ahli Parlimen Rompin yang baharu Datuk Hasan Arifin memulakan hari pertamanya sebagai wakil rakyat dengan bersarapan bersama keluarga di sebuah kedai roti canai kegemaran mereka.

Pada masa sama, beliau mengambil kesempatan itu untuk turut beramah-mesra dengan rakyat Rompin yang memberi kepercayaan kepadanya untuk membangunkan kawasan tersebut.

Hasan memilih Kedai Roti Canai Usop di sini sebagai lokasi pertemuan pertama bersama penduduk Rompin.

Menurut anak perempuannya, Fara Hasan, kedai tersebut merupakan tempat kegemaran mereka sekeluarga untuk bersarapan pagi sejak dulu lagi.

"Tiap kali balik ke Rompin, kedai ini tetap jadi pilihan. Kami sering berkunjung ke sini," katanya.

Selepas bersarapan, Hasan akan bertemu pengundi di kawasan Endau sebagai tanda terima kasih di atas sokongan mereka terhadapnya.

Hasan ketika ditemui sejurus selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin malam Selasa berkata beliau akan berkunjung ke beberapa tempat untuk bertemu pengundi.

"Insyallah, saya akan cuba turun ke beberapa kawasan pengundian untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi.

"Beri saya sedikit masa untuk bangunkan Rompin," katanya ringkas.

Hasan yang juga Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin turut merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas kemenangan tersebut.

"Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan mengadakan kenduri doa selamat," katanya.

Pada PRK kali ini, Hasan menewaskan calon PAS, Nazri Ahmad dengan mendapat majoriti 8,895 undi.

Hasan memperoleh 23, 796 undi manakala Nazri 14,901 undi.


Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain