suria

Pemindahan Sekolah Ke Premis Sementara Ditangguh

PETALING JAYA: Pemindahan pelajar dan kakitangan SK Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan ke premis sementara telah ditangguhkan selama seminggu.

Pemindahan itu, yang dijadualkan pada Selasa, ditangguhkan bagi membolehkan kerja-kerja di premis sementara siap sepenuhnya.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan pada Isnin berkata penangguhan itu akan memberi ruang dan masa untuk 1,287 pelajar dan 78 guru serta kakitangan bagi memulakan persekolahan mereka dalam "persekitaran yang selesa dan kondusif" supaya pelajar boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembelajaran.

"Keputusan itu diambil selepas Kementerian melakukan perbincangan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu," katanya.

"Dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh Kementerian, kesihatan pelajar dan kebimbangan ibu bapa terhadapo kebajikan anak-anak mereka menjadi keutamaan," katanya.

SK Taman Sugai Besi Indah diarah ditutup sementara pada 20 April selepas diisytiharkan tidak selamat apabila berlakunya keretakan di bangunan sekolah.
SK Taman Sungai Besi Indah

Artikel Lain