59 Penunjuk Perasaan Himpunan Bantah GST Ditahan - Semasa | mStar

59 Penunjuk Perasaan Himpunan Bantah GST Ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 59 penunjuk perasaan bantah GST telah ditahan di pusat bandar Kuala Lumpur ketika himpunan pada 1 Mei berakhir, petang Jumaat.


Polis kini dilaporkan memanggil pemimpin pembangkang dan aktivis sosial untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi malam ini.

Antaranya ialah Penaung Negara-ku Datuk Ambiga Sreenevasan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke dan  Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan.

Ambiga memberitahu The Star bahawa beliau telah dipanggil untuk merekodkan keterangan di Dang Wangi dan diberitahu bahawa beliau akan bermalam di balai.

"Saya terkejut, kerana saya bukan sebahagian daripada pihak penganjur. Saya bercakap beberapa patah perkataan semasa permulaan (perhimpunan), itu sahaja," katanya.

Arutchelvan pula berkata beliau bertanya sama penyiasatan boleh dilakukan esok.

"Saya bertanya jika saya boleh datang esok tetapi mereka mahu saya datang malam ini atau mereka yang akan datang menahan saya. Saya rasa perhimpunan itu aman. Kami tidak pergi ke Dataran Merdeka atau ke KLCC. Selepas perhimpunan polis beritahu saya mereka puas hati dengan perhimpunan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada saya. Jadi saya tidak faham mengapa mereka panggil kami," kata Arutchelvan.

Loke menambah bahawa beliau telah diminta untuk menyerah diri pada pukul 11 malam dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Peguam Lawyers for Liberty (LFL) Latheefa Koya, yang mengiringi Ambiga ke balai polis pada pukul 9.30 malam Jumaat, berkata polis telah memanggil pemimpin-pemimpin untuk disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram.

Beliau berkata 59 penunjuk perasaan lain telah ditangkap semasa perhimpunan tersebut dan telah ditahan di Ibu Pejabat Polis KL di Jalan Hang Tuah.

Peguam Michelle Yesudas berkata mereka yang ditahan telah dinafikan akses kepada peguam.

"Mereka akan dipindahkan ke Dang Wangi lewat malam ini," kata beliau.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa