suria

Penguasa Stesen Minyak Belum Terima Notis Kenaikan Harga Petrol

PETALING JAYA: Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia masih belum menerima sebarang notis atau kenyataan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai harga bahan api bagi bulan Mei.

Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti memberitahu The Star Online bahawa sehingga pukul 8 malam Khamis, persatuan itu belum dimaklumkan mengenai sebarang perubahan harga minyak semasa.

"Tidak ada langsung. Terdapat banyak khabar angin, khabar angin yang tidak munasabah. Cakap-cakap tentang kenaikan 15 sen adalah tidak munasabah dan adalah tidak mungkin untuk ia meningkat sebanyak 15 sen.

"Pandangan saya mengenai perkara ini adalah tidak akan ada kenaikan," kata Zulkifli.

Petrol RON95 kini berharga RM1.95 seliter, manakala petrol RON97 dan diesel masing-masing berharga RM2.25 dan RM1.95 seliter.

Terdahulu, kecoh di media sosial bahawa harga minyak petrol bagi RON95 akan dinaikkan sebanyak  RM0.15 sen seliter bermula 12 tengah malam, 1 Mei.

Minyak RON 95 yang dijual pada harga RM1.95 akan dinaikkan kepada RM2.10 seliter berikutan harga minyak dunia yang kembali pulih.

Harga runcit minyak kini bergantung kepada harga minyak mentah dunia menerusi sistem apungan selepas kerajaan menghapuskan subsidi pada Disember lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain