BN Curiga Kemampuan Wan Azizah Urus Kajang, Permatang Pauh - Semasa | mStar

BN Curiga Kemampuan Wan Azizah Urus Kajang, Permatang Pauh

Muhyiddin Yassin.

BUKIT MERTAJAM: Pengundi kawasan Parlimen Permatang Pauh diingatkan supaya memilih seorang wakil rakyat yang berupaya memberi perkhidmatan dan pembelaan sepenuh masa demi kebajikan penduduk tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau curiga dengan kemampuan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memberi pertolongan kepada rakyat di Permatang Pauh berdasarkan komitmennya setakat ini.

“Saya percaya Suhaimi (Sabudin) akan berada di sini sepanjang masa. Saya curiga kalau ada calon lain yang dipilih nanti...tidak ada masa diberikan untuk memberi pembelaan yang adil kepada penduduk setempat.

"Suhaimi penduduk di sini, berada di sini dan akan bertemu dengn pengundi setiap hari. Dia tak ada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain. Bukan macam ada calon yang bertanding, ada juga kawasan di Kajang.

"Jadi bagaimana nak jaga Kajang, nak jaga Permatang Pauh…saya sukar untuk memperayai kalau dia kata boleh berlaku adil,” katanya di sini, Sabtu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin; Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman dan seorang wakil Bebas, Salleh Isahak.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.

Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama tiga penggal sebelum meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada suaminya yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas beliau menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PKR Dah Minta Maaf - PAS Permatang Pauh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain