suria

Pesalah Trafik Tegar Tak Akan Terlepas

Dua pegawai polis meninggalkan waran tangkap di kediaman pesalah trafik tegar di Melaka ketika Ops Warta dijalankan tahun lalu. Operasi akan dilancarkan sekali lagi pada bulana hadapan.
KUALA LUMPUR: Polis akan menjejaki ratusan ribu pesalah trafik tegar apabila Ops Warta dilancarkan bulan depan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff  Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata mereka tidak pernah melupakan pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap.

"Setakat ini, 2.49 juta daripada 4.09 juta waran tangkap telah pun diselesaikan.

"Sekarang kita sedang menjejaki baki 39 peratus lagi (1.59 juta)," katanya di Bukit Aman, Rabu.

Pada 2008, polis trafik telah memulakan operasi dari pintu ke pintu untuk melaksanakan waran tangkap terhadap pesalah trafik di bawah Ops Warta.

Pada tahun 2013, polis menyasarkan lebih 251,000 pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan, pemandu kenderaan berat dan penunggang motosikal di peringkat pertama Ops Cantas Trafik.

Notis telah dihantar kepada pesalah, memberi amaran kepada mereka bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka.

Bukit Aman juga telah bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesan alamat pesalah trafik.

Mohd Fuad berkata pelbagai amaran telah diberikan sejak dua tahun lalu, tetapi pesalah-pesalah ini masih berdegil dan enggan membayar saman mereka.

Beliau juga memberi amaran bahawa walaupun polis telah memperlahankan operasi, ini tidak bermakna mereka yang mempunyai waran belum jelas akan terlepas begitu sahaja.

"Jika anda berhenti di sekatan jalan raya dan kita mengetahui bahawa anda mempunyai waran, kita akan mengambil tindakan.

"Terdapat banyak cara untuk menyemak saman tertunggak jadi jangan ingat kita dengan dengan mudah akan melepaskan anda," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pengguna kenderaan boleh menyemak jika mereka mempunyai saman yang belum dibayar melalui www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

"Anda juga boleh menyemak di mana-mana kaunter polis trafik, pejabat pos dan ATM Maybank dan di pusat beli-belah terpilih serta cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.

Mohd Fuad berkata operasi akan bermula dalam tempoh terdekat pada bulan depan.

"Jangan terkejut jika anda berhenti di sekatan jalan raya bulan depan dan dikenakan waran tangkap," katanya.

Mohd Fuad berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, polis telah mengeluarkan 880,914 saman.

"Daripada saman ini, 9,119 adalah kerana menyalahgunakan lorong kecemasan manakala 69,629 saman adalah kerana kesalahan memotong barisan.

"Daripada angka ini, saya boleh simpulkan bahawa pengguna jalan raya masih tidak tidak mengubah sikap mereka," katanya, sambil menambah mereka harus lebih sopan dan cuba untuk lebih mematuhi undang-undang.

Artikel Berikut

Dugaan OKU di Madinah

Artikel Lain