Azmin Tolak Kenyataan Hadi Mengenai Hudud - Semasa | mStar

Azmin Tolak Kenyataan Hadi Mengenai Hudud

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak menyokong hudud kerana lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan dan keamanan negara.

Mohamed Azmin berkata dasar bersama PR dalam hal ehwal keselamatan adalah jelas dengan memberi tumpuan penuh terhadap isu lebih besar yang dihadapi rakyat negara ini sekarang.

"Pemerkasaan ekonomi, kebajikan dan sistem pendidikan adalah isu keselamatan sebenar rakyat Malaysia sekarang dan dasar bersama PR berhubung perkara ini adalah jelas," kata Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Khamis.

Dalam forum 'Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi' bertempat di Kompleks Media Karangkraf di sini semalam, Abdul Hadi berkata terdapat pemimpin dalam pakatan pembangkang yang menolak pelaksanaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud kerana mementingkan kemenangan dalam pilihan raya serta takut akan kehilangan undi khususnya dalam kalangan pengundi bukan beragama Islam.

Kata presiden PAS itu lagi tidak seperti parti komponen PR yang lain, matlamat PAS adalah mahukan negara yang selamat, kerana perjuangan PAS bukanlah perjuangan politik dan perjuangan pilihan raya tetapi untuk rakyat sepanjang masa.

Dalam forum itu juga, Abdul Hadi memberi jaminan masyarakat di negara ini akan hidup aman sekiranya hudud dilaksanakan.

Hudud , PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jangan Sekat Blog Saya - Dr Mahathir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain