Pakistan Harap Diterima Jadi Rakan Dialoq Penuh Asean - Semasa | mStar

Pakistan Harap Diterima Jadi Rakan Dialoq Penuh Asean

KUALA LUMPUR: Pakistan berharap untuk dinaik taraf sebagai rakan dialog penuh ASEAN semasa Malaysia menjadi Pengerusi kumpulan  serantau itu tahun ini, kata Menteri Persekutuan bagi Perancangan, Pembangunan dan Pembaharuan Prof Ahsan Iqbal.

Beliau berkata Pakistan mengiktiraf Malaysia sebagai 'pintu masuk' ke ASEAN dan yakin Malaysia boleh membantu negara Asia selatan menjalinkan hubungan lebih baik dengan persatuan dan negara anggotanya.

"Jika ia berlaku semasa Malaysia menjadi pengerusi, ia satu kejayaan yang besar," katanya kepada Bernama dalam temu bual di Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini.

Pakistan telah diberikan status rakan dialog sektoral pada 23 Julai, 1993.

Ahsan berada di sini bagi lawatan rasmi baru-baru dan bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Menteri itu berkata beliau percaya sebagai rakan dialog penuh ASEAN, Pakistan akan mempunyai kerjasama dan hubungan yang lebih baik dalam pelbagai sektor seperti perdagangan, budaya dan sosial serta program pertukaran pelajar dan media.

Sementara itu, mengenai hubungan dua hala, Ahsan berkata Pakistan mengharapkan lawatan peringkat tinggi dari Malaysia untuk meningkatkan lagi hubungan berkenaan.

Mengakui bahawa Malaysia dan Pakistan menikmati hubungan politik yang baik  , Ahsan berkata lawatan itu boleh meningkatkan hubungan perdagangan.

"Ini adalah satu lagi tujuan lawatan saya. Untuk bertemu dengan pemimpin di  Malaysia dan cuba untuk menjadikan kerjasama Malaysia-Pakistan ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Pakistan , Asean

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Dua Sahabat Ditemui

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain