Rakan Saya Sertai IS di Syria - Pelajar - Semasa | mStar

Rakan Saya Sertai IS di Syria - Pelajar

EKSKLUSIF

MELAKA: Seorang pelajar sebuah universiti berprestij di Kuala Lumpur mendakwa tiga rakannya berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

Pelajar berusia 22 tahun yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dia turut mendakwa cuba dipengaruhi untuk menyertai IS menerusi media sosial.

"Rakaman video yang disifatkan sebagai perjuangan oleh militan IS dimuat naik dalam laman Facebook saya dan rakan saya yang berada di Syria sentiasa meminta saya untuk menyertai mereka," katanya.


Katanya, dia mula bertemu sekumpulan pelajar itu pada 2012 dan mereka sering bercakap tentang memperjuangkan hak pihak yang ditindas di negara lain.

Dia berkata, tiga pelajar dalam kumpulan tersebut berlepas ke Syria untuk menyertai IS tahun lalu.

Pelajar tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, dia berasa malu terutamanya sejak Facebooknya turut ditag bekas rakannya di Syria.

"Saya juga tidak boleh fokus kepada pelajaran kerana mereka sering memujuk saya untuk menyertai mereka disana.

"Saya berhenti menjawab panggilan telefon kerana ada diantara mereka menghubungi saya walaupun saya memberitahu mereka untuk tidak berbuat demikian dan mereka tersilap langkah," katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

IS , pelajar , universiti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut