13,262 Diperiksa Dalam Operasi Bersepadu Khas Di Esszone - Semasa | mStar

13,262 Diperiksa Dalam Operasi Bersepadu Khas Di Esszone

LAHAD DATU: Seramai 13,262 orang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Khas yang diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di lima daerah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dari 2 Januari hingga 30 Mac lepas.

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata daripada jumlah itu, 1,842 orang yang dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) telah ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk urusan penghantaran pulang ke negara asal mereka.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan di pelbagai lokasi, termasuk pasar besar daerah dan tempat orang ramai berkumpul di pusat bandar Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Abdul Rashid berkata daerah Tawau mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 798 orang diikuti Sandakan (428) dan Lahad Datu (390 orang).

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa ESSCom hanya menahan atau menangkap warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan yang sah, dan niat kita murni iaitu mahu membersihkan ESSZone daripada PATI," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Senamrobik Perdana sempena ulang tahun kedua penubuhan ESSCom di padang Pasukan Polis Marin, dekat sini Sabtu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi, Pengarah Logistik dan Urustadbir ESSCom Brig Jen Subari Tomo, Pengarah Komponen Laut ESSCom Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi, Pengarah Bahagian Perisikan ESSCom Datuk Md. Rahim Mohammad, Pengarah Bahagian Keurusetiaan ESSCom Newmond Tibin dan Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCom Wan Mohd Khalid Wan Kamal.

Abd Rashid berkata operasi bersepadu itu merupakan sebahagian daripada langkah drastik yang diambil oleh kerajaan susulan pengumuman Laporan Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Isu PATI di Sabah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai terutama majikan dan peniaga supaya tidak mengupah warga asing yang tidak memiliki dokumen dan permit sah sebagai pekerja di premis mereka.

"Pihak ESSCom tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang Imigresen. Soal keselamatan seharusnya mengatasi kepentingan individu atau perniagaan," katanya.
Esszone , Esscom , Datuk Abdul Rashid Harun

Artikel Sebelum

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain