suria

25 Hotel Bajet, Rumah Tumpangan Haram Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Sejumlah 25 hotel bajet serta rumah tumpangan dikesan beroperasi tanpa lesen di bandar ini dan Butterworth, dengan 156 pengusaha hanya memiliki lesen sementara.

Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Datuk Seri Choot Ewe Seng berkata prosedur yang rumit, selain kegagalan pengusaha memahami garis panduan ditetapkan menjadi punca pemberian lesen tertangguh.

"Proses permohonan mengambil masa lama kerana ia perlu dirujuk kepada pelbagai jabatan terutama melibatkan bangunan terletak dalam kawasan bandar warisan," katanya pada sidang media, di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berkata sesi dialog bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan diadakan pada 16 April di PCCC, Lebuh Light di sini, bagi membantu pengusaha memahami lebih jelas perkara yang perlu dilakukan untuk mereka mendapatkan lesen tetap.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Chow Kon Yeow, Datuk Bandar MBPP Datuk Patahiyah Ismail dan wakil daripada jabatan terlibat, dijadual menghadiri program yang akan bermula 2.30 petang itu.

Choot berkata penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua kaum termasuk kepada individu yang berminat memulakan perniagaan dalam bidang berkenaan.

Orang ramai boleh menghubungi sekretariat PCCC di talian 04-2504050 untuk urusan pendaftaran dan maklumat lanjut.

Hotel Bajet, Rumah Tumpangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain