suria

Dua Adun Ditahan Dalam Perhimpunan #KitaLawan Di Johor

Jimmy Puah.
JOHOR BARU: Polis menahan empat individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam satu perhimpunan yang diadakan di pusat bandar di sini pada Sabtu.

Ketika dihubungi The Star, Adun Bukit Batu, Jimmy Puah berkata beliau dan Adun Mengkibol, Tan Hong Ping bersama dengan pembantu peribadinya, Danny Tan dan aktivis Saqidin Omar ditahan dan dibawa ke ibu pejabat balai polis Johor Baru di sini.

"Masih belum dapat dipastikan sama ada polis akan menahan kami semalaman tetapi kami mungkin akan dibebaskan dengan ikat jamin," katanya.

Puah berkata penyokong yang menghadiri perhimpunan #kitaLawan sedang menunggu di luar perkarangan balai polis.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan penahanan tersebut yang dilakukan antara pukul 6.30 petang dan 7.30 malam Sabtu.

"Mereka ditahan dibawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Artikel Lain