Siapa Sokong Perdana Menteri, Perlu Sokong 1MDB Juga - Tun M - Semasa | mStar

Siapa Sokong Perdana Menteri, Perlu Sokong 1MDB Juga - Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pihak yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turut mengisytiharkan sokongan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang hutangnya mencecah RM42 bilion.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penyokong Najib juga sepatutnya menyokong Low Teik Jho yang dikenali sebagai Jho Low yang kononnya menguruskan pelaburan 1MDB.

"Hasil daripada pendedahan mengenai kes Altantuya dan IMDB, Najib kini mendapat sokongan daripada ketua Umno bahagian, Barisan Nasional, MIC, senator dan semua peringkat kumpulan.

"Saya tidak meminta sesiapa sahaja menyokong saya. Tapi saya meminta semua yang menyokong Najib untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap 1MDB yang meminjam RM42 bilion dan ketidakupayaan untuk menjawab dimana wang tersebut ketika ditanya ," katanya menerusi tulisan di blognya, chetdet.cc pada Khamis.

Dr Mahathir berkata, beliau bertanya kepada Najib soalan mudah tetapi daripada menjawabnya, Najib meminta orang ramai supaya menyokongnya.

"Saya ingin bertanya kepada penyokong sama ada sokongan mereka bermaksud kehilangan RM42 bilion adalah okay, bahawa tiada keperluan untuk menjelaskan di mana wang tersebut.

"Sekiranya anda lakukannya, pergi beritahu (Tun) Daim Zainuddin, Tengku Razaleigh (Hamzah), (Tan Sri) Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin untuk tutup mulut," katanya.

1MDB yang ditubuhkan kerajaan pada 2009 untuk memacu inisiatif strategik bagi pembangunan ekonomi mampan jangka panjang dikritik kerana menanggung bebanan hutang yang besar.

Dr Mahathir turut bertanya kepada penyokong Najib sekiranya mereka menyokong penyimpanan duit berbilion ringgit di Pulau Cayman dan penjelasan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan mempersoalkan perkara itu.

"Adakah anda menyokong pembelian tanah kerajaan di KL pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran untuk membayar hutang 1MDB," katanya.



Artikel Sebelum

Beri Peluang Kepada Najib - TPM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain