suria

Kerajaan Cari Jalan Alternatif Kepada MyEG Elak Monopoli

KUALA LUMPUR: Putrajaya akan mempertimbangkan syarikat lain untuk memantau proses pembaharuan permit pekerja asing, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Kerajaan sedang mencari jalan lain selain daripada MyEG dibawah Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) tetapi ia belum dilaksanakan lagi," katanya kepada pemberita di Parlimen pada Rabu.

Wan Junaidi berkata kerajaan sedang mengkaji alternatif untuk mengelak berlaku monopoli.


Beliau berkata pada 2012, banyak syarikat membentangkan produk mereka dan MyEG didapati mempunyai keupayaan terbaik untuk melaksanakan operasi seperti yang dikehendaki kerajaan.

Terdahulu, penggunaan khidmat MyEG bagi tujuan pembaharuan permit pekerja asing dibantah sekumpulan peniagaan kerana didakwa merumitkan lagi proses membawa pekerja asing ke negara ini.

Kebanyakan bantahan tertumpu kepada bayaran caj RM38 yang dikenakan MyEG untuk pembaharuan permit pekerja secara dalam talian.


MyEG, pekerja asing

Artikel Lain