Pindaan Kuasa Mahkamah Syariah: PAS Tidak Hirau DAP, PKR - Semasa | mStar

Pindaan Kuasa Mahkamah Syariah: PAS Tidak Hirau DAP, PKR

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berteka-teki mengenai sokongan Ahli Parlimen Umno bagi membantu PAS meluluskan cadangan pindaan Akta 355 berhubung kuasa Mahkamah Syariah.

Memilih untuk tidak menyentuh mengenainya, Presiden PAS itu sebaliknya menjelaskan bahawa perbincangan dengan parti seteru itu sudah dilakukan di Kelantan.

"Tunggu…tunggu. InsyaAllah perbincangan sudah dibuat dengan Umno Kelantan...sudah buat," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Terdahulu sekumpulan ahli PAS Kawasan Titiwangsa yang diketuai Yang di-Pertuanya, Abdullah Abdul Wahab hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berhubung cadangan pindaan Akta 355.

Menurut mereka, sebagai wakil rakyat beragama Islam, Johari seharusnya mengenepikan sentimen politik dan memastikan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 diluluskan.

Sementara itu, mengulas mengenai bantahan DAP, Abdul Hadi berkata PAS tiada halangan mengenai perkara itu.

"Kita tidak ada halangan DAP untuk tidak bersetuju. Bahkan dalam perjalanan kita di Pakatan Rakyat, ada banyak perkara yang dilakukan oleh DAP dan PKR tanpa diberitahu kepada PAS," katanya.

Dewan Rakyat , UMNO , DAP , PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain