suria

Dua Beranak Maut Terkena Renjatan Elektrik

BANTING: Seorang lelaki berumur 45 tahun dan anak lelakinya berusia dua bulan maut selepas terkena renjatan elektrik di kediaman mereka di Kampung Chodoi di sini.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, jabatan itu mendapat panggilan berhubung insiden pada kira-kira pukul 3.40 petang Selasa.

Beliau berkata, lelaki itu maut di tempat kejadian manakala bayinya meninggal dunia di sebuah klinik.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikannya sebagai kematian mengejut.

Bernama melaporkan bahawa insiden itu berpunca daripada sebuah kipas yang sedang dibaiki di rumah baharu mangsa.

Artikel Lain