Siasatan Nahas Helikopter Bermula Hari Ini - Liow - Semasa | mStar

Siasatan Nahas Helikopter Bermula Hari Ini - Liow

KUALA LUMPUR: Siasatan nahas helikopter di Semenyih, kira-kira 40km dari sini, akan bermula segera dengan mengesan perakam suara helikopter tersebut menjadi keutamaan pasukan penyiasat, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata anggota jawatankuasa siasatan akan melawat kawasan nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, hari ini untuk mengumpul semua serpihan bagi menyiasat punca kemalangan tersebut

"Paling penting untuk mendapat perakam suara bagi membantu siasatan," kata Liow kepada pemberita semasa menunggu proses bedah siasat enam mangsa tragedi itu di Unit Forensik, Hospital Kuala Lumpur di sini, awal pagi Ahad. 


Beliau berkata tiga pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) telah dibentuk untuk mempercepatkan proses pengesahan identiti mangsa.

"Sebelum kita nak sahkan kesemua identiti yang ada, kita mesti laksanakan pelbagai proses antaranya, mengambil cap jari, rekod pergigian atau odontologi serta DNA," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.55 petang semalam, Anggota Parlimen Rompin dan juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias antara enam yang terkorban dalam nahas tersebut

Empat mangsa lain ialah juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, Pembantu Operasi helikopter, Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razak B Seran dan Datuk Tan Huat Seang

Jamaluddin menaiki helikopter tersebut dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Helikopter tersebut terhempas di kawasan kebun getah ketika hujan dan angin kencang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA),Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata proses siasatan dijangka bermula kira-kira pukul 10 pagi ini.

"Pasukan penyiasat akan bawa keluar semua serpihan ke tempat yang lebih selamat untuk memudahkan kerja siasatan," katanya.

Artikel Berikut

Bapa Anwar Ibrahim Meningal Dunia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain