Ramai Tersangkut Monorel Terbakar - Semasa | mStar

Ramai Tersangkut Monorel Terbakar

Api kelihatan di bawah gerabak Monorel ketika anggota Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan pada gerabak Monorel tersebut di Stesen Monorel Titiwangsa pada Isnin.-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ramai orang yang sedang menuju ke tempat kerja tersangkut akibat kebakaran monorel di stesen Titiwangsa di sini kira-kira 8.30 pagi Isnin.

Ia bukan sahaja menjejaskan mereka yang menggunakan monorel, malah pemandu yang biasanya melalui jalan di kawasan berkenaan turut mengalami kesesakan sehingga terdapat yang lewat sampai ke pejabat.

"Saya tersekat di sini lebih sejam sejak 9.30 pagi. Tak boleh bergerak. Jalan ditutup. Kami terpaksa menggunakan lorong kecil di sebelah kiri untuk meneruskan perjalanan. Saya boleh nampak, bomba cuba memadamkan kebakaran," kata seorang pemandu, Adnan Jahaya, 54, yang mahu menghala ke Jalan Tun Razak.

Berikutan kebakaran, perkhidmatan monorel di bandar raya ini ditangguh  sementara mulai pukul 8.50 pagi.

Orang ramai juga kelihatan menutup hidung bagi mengelak bau asap kebakaran di sekitar stesen bertingkat tersebut, yang kebakaran dilapor berpunca daripada kebakaran pada sebuah daripada tayar tren dua gerabak itu.

Seorang pelajar Nur Athirah, 23, berkata dia lewat untuk janji-temunya ekoran kelewatan bapanya bagi mengambilnya di stesen itu.

"Lihat keadaan trafik ini, ia teruk. Tetapi saya lega tiada siapa yang cedera. Saya berada di stesen ini apabila kebakaran berlaku dan anggota bomba sungguh cekap mengawal api.

"Mereka mampu memadam kebakaran dalam masa kira-kira 30 minit," katanya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar koc yang terbakar.

Nava Amuthan, 24, berkata dia dalam perjalanan untuk temuduga dan terpaksa  menunda janji-temunya ke hari lain kerana tersangkut di stesen berkenaan.

"Saya naik tren dari Bandar Tasik Selatan dan apabila saya turun di stesen Titiwangsa, saya mendapat tahu mengenai kebakaran.Saya dapat melihat para pegawai (anggota bomba, polis dan polis trafik) bertungkus lumus mengawal keadaan," katanya.

Seorang pesara, Ahmad, 61, berkata anggota bomba dapat memadam kebakaran dalam masa kira-kira setengah jam.

"Saya nak pergi makan di warung berhampiran bila saya terdengar bunyi siren. Saya lalu pergi ke kawasan stesen bas untuk melihat apa yang berlaku dan saya dapat lihat anggota bomba sedang cuba memadam kebakaran. Dalam masa setengah jam sahaja, api dapat dipadam. Saya kagum dengan kecekapan mereka," katanya.

Keadaan kesesakan mula beransur pulih sekitar 11 pagi, kira-kira sejam selepas api dipadam.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.52 pagi dan dapat mengawal kebakaran setengah jam kemudian. 

Empat jentera dikejarkan ke tempat kebakaran, dua jentera dari balai Hang Tuah, satu dari balai Sentul dan satu dari balai Titiwangsa dengan keseluruhan 22 anggota. 

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang berlaku pada gerabak monorel. - fotoBERNAMA


Beliau berkata punca kebakaran akan disiasat forensik kebakaran, tetapi daripada maklumat awal, kemungkinan ia berlaku akibat geseran tayar dengan rel.

"Pihak bomba mendapati banyak asap dalam gerabak dan api dipadam dari arah bawah ke atas," katanya.

Selain kebakaran, perkhidmatan monorel turut ditangguh ekoran sebuah lagi tren empat gerabak terdampar antara stesen Imbi dan Bukit Bintang berikutan masalah teknikal.

Namun tren penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian untuk menolak tren yang tersangkut itu ke stesen Imbi sebelum penumpang dibenarkan turun.

monorel , kebakaran , Stesen Titiwangsa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mahkamah Jitra Gempar Bom Palsu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain