suria

Budak Lelaki Hilang Di Cheras Ditemui Selamat

PETALING JAYA: Budak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Cheras sejak Rabu lalu telah ditemui selamat dan berada dalam keadaan baik.

Muhammad Irwan Shah Zaidazhar kali terakhir dilihat kira-kira pukul 9 pagi di rumahnya di Lorong Ikan Emas 2, Jalan Jelawat, Cheras, dikatakan telah lari dari rumah bersama beberapa rakan.

Sarjan Norafidzudin Mesran, yang menyiasat kehilangan itu berkata Muhammad Irwan Shah ditemui berada dengan beberapa rakannya di Kajang sekitar pukul 3 petang Isnin.

"Saya fikir dia ada beberapa masalah dengan keluarga. Itulah sebabnya dia hilang," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, Muhammad Irwan Shah tidak cedera atau dicederakan serta telah lama pulang ke pangkuan keluarganya.

Artikel Berikut

BN Sarawak Tolak Hudud PAS

Artikel Lain