suria

Pekerja Syarikat Swasta Ditemui Mati Lemas

JOHOR BAHARU: Seorang pekerja syarikat swasta yang hilang ketika menambat sebuah bot di jeti Johor Port Bhd di Pasir Gudang di sini, ditemui mati lemas pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat negeri berkata bomba menemui mayat Steven Muya anak Lukan, 19, dalam keadaan terapung pada pukul 6.57 pagi Rabu.

"Mayatnya dijumpai hanya beberapa meter dari tempatnya dilaporkan hilang," katanya dihubungi.

Kehilangan mangsa mula disedari rakan sekerjanya kira-kira 9.30 pagi semalam sebelum memaklumkan perkara itu kepada majikan.

Usaha untuk mencari mangsa dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang.

Lemas, Pelabuhan

Artikel Lain