- Semasa | mStar

KUALA LUMPUR: Rata-rata penunggang motosikal yang menggunakan lebuh raya di ibu negara didapati terpaksa bertarung nyawa untuk sampai ke destinasi mereka, gara-gara sikap pemandu kenderaan yang sering menggunakan laluan kecemasan sebagai alternatif.

Walaupun perkara itu dipandang remeh oleh sesetengah pihak, namun perlu diakui bahawa ia melibatkan nyawa penunggang motosikal yang penting seperti individu lain.

Hasil tinjauan mStar Online pada pagi Isnin di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang mendapati, keadaan di sesetengah tempat semakin rumit jika tiada pegawasan pihak berkuasa.

Antara lokasi tersebut ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Jalan Lingkaran Tengah (MRR).

Perkara yang berlaku pada sebelah pagi akan berulang di lokasi sama selepas warga kota pulang bekerja.

Seorang penunggang motosikal, Radzi Ahmad, 30, berkata, pemandu kenderaan khususnya pemandu kereta yang suka menggunakan laluan kecemasan tidak ubah seperti mat rempit atau pelesit rempit.

"Bezanya, mereka ini menggunakan kereta. Tetapi pada sikapnya tetap seperti pelesit yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan penunggang motosikal.

"Terdapat juga pemandu kereta yang memasuki lorong kecemasan tanpa memberi lampu isyarat selain memandu laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain," jelasnya.

Seorang lagi penunggang motosikal Zaim Zamani, 23, yang sering menggunakan LDP memberitahu, nyawanya sentiasa terdedah kepada bahaya gara-gara sikap tidak bertanggungjawab pemandu kereta di lorong kecemasan.

"Setiap hari saya guna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) untuk ke kerja dan saya rasa nyawa saya terancam dan risiko untuk kemalangan adalah sangat tinggi.

Tiada laluan motosikal yang disediakan di LDP dan saya terpaksa menggunakan laluan kecemasan atau kaki lima jalan, namun pada masa sama pemandu kenderaan lain turut melalui jalan tersebut dan menyukarkan saya untuk menunggang motosikal,” ceritanya.

Seorang kakitangan kerajaan, Nor Azura Azizan, 31, pula meminta pihak berkuasa khususnya polis trafik memperbanyakkan operasi bagi mengesan pesalah jalan raya seperti itu.

"Sebelum ini terdapat polis trafik yang mengambil tindakan terhadap pemandu kereta yang menggunakan laluan kecemasan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berdekatan Desa Petaling, tetapi sekarang tiada lagi.

"Saya sebagai penunggang motosikal yang melalui kawasan tersebut meminta polis trafik untuk kembali mengambil tindakan tegas terhadap pemandu kereta di kawasan sama pada pagi dan petang.

"Bukan setakat di situ, tetapi di jalan lain kerana ia memberi risiko tinggi kepada nyawa penunggang motosikal," ujarnya.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain