Terima Hudud Atau Pakatan Berpecah - Semasa | mStar

Terima Hudud Atau Pakatan Berpecah

Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bagi mengelak berlakunya perpecahan di kalangan pakatan pembangkang.

Peringatan itu dilihat sebagai amaran keras kepada dua sekutu PAS tersebut menjelang pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) yang akan berlangsung pada Isnin.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab DAP dan PKR untuk menolak perlaksanaan hukum Islam itu kerana PAS Kelantan sudah mengambil beberapa langkah yang sewajarnya sebelum ia diteruskan.

"Untuk elak Pakatan Rakyat pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakman Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.

"Lagipun mereka telah melakukan melalui proses demokrasi yang menjadi asas perjuangan bersama," katanya menerusi status terbaharu di Facebook pada Ahad.

Selain itu Tuan Ibrahim turut memberi peringatan kepada DAP dan PKR supaya tidak membangkitkan isu kerjasama antara PAS dan Umno sekiranya enakmen itu mendapat sokongan daripada parti lawan itu.

"Jangan pula bila Umno menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda Umno akan bergabung dengan PAS.

"Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong.

"Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. Umno dan BN tetap menjadi 'musuh' bersama," katanya.

Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan mengadakan taklimat berhubung pindaan enakmen berkenaan kepada kepimpinan pakatan pembangkang di bangunan Parlimen dan Gobind dilaporkan meminta PAS mempertimbangkan semula pindaan tersebut.

Hudud , PAS , DAP , PKR , Tuan Ibrahim Tuan Man

Artikel Sebelum

MCA Mula Kenal Pasti Calon PRU-14

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA