suria

Kekeliruan Nombor Kecemasan 999 & 112 Terjawab

PETALING JAYA: Talian 112 yang dipercayai orang ramai sebagai nombor telefon kecemasan paling efisien apabila ia berhubung secara langsung dengan pengguna telefon bimbit kepada pihak polis walaupun tanpa liputan rangkaian adalah tidak dibenar.

Nombor telefon itu yang diuar-uarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), ruangan sembang (group chat) dan media sosial sebagai nombor yang boleh berfungsi lebih baik berbanding Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999.

Malah satu contoh yang tersebar melalui pesanan aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang pelajar kolej menghubungi talian 112 menggunakan telefon bimbit apabila seorang perogol cuba menyerangnya dan dia kemudiannya mendapat bantuan segera.

Pengarah projek MERS 999, Rozinah Anas memperjelaskan bahawa 112 merupakan talian kecemasan alternatif di mana ia hanya boleh dihubungi menggunakan telefon bimbit.

Beliau berkata, talian 112 masih perlu disambungkan ke pusat panggilan 999 dan kedua-dua nombor tersebut tidak dapat berfungsi menerusi penggunaan telefon bimbit tanpa kad SIM yang aktif.

"MERS 999 merupakan inisiatif kerajaan untuk menggabungkan semua nombor kecemasan di Malaysia kepada satu nombor bagi memudahkan orang ramai.

"Nombor telefon itu meliputi pelbagai jenis kecemasan seperti lima penyedia perkhidmatan kecemasan iaitu polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," katanya sambil menambah bahawa semua panggilan yang diterima akan dijawab oleh para pegawai kecemasan profesional (PEO) 123 di antara masa 10 saat.

Rozinah berkata, sebelum mengubah hala sebuah panggilan kepada agensi kecemasan berkaitan, PEO akan bertanyakan kepada pemanggil mengenai beberapa soalan asas seperti jenis kecemasan, lokasi, alamat dan nombor telefon (bagi menentukan sama ada panggilan kecemasan itu benar atau palsu).

Agensi kecemasan juga mungkin memerlukan maklumat lanjut daripada pemanggil sebelum menghantarkan bantuan.

Walaupun telefon bimbit menggunakan kod talian 112 untuk kecemsan, panggilan tersebut hanya boleh dibuat sekiranya terdapat hubungan rangkaian, kata pihak dalaman bagi industri telekomunikasi.

Katanya, 112 merupakan nombor kecemasan standard seluruh dunia.

"Jika anda menghubungi 112 di luar negara, panggilan anda secara automatik akan dipetakan dengan nombor kecemasan di negara tersebut (sebagai contoh, 999 di Malaysia, 911 di Amerika Syarikat dan 000 di Australia," katanya.

Bagi Malaysia, sebuah agensi dilantik untuk mengambil semua panggilan 112 yang dibuat menerusi telefon bimbit dan menyambungkannya ke pusat panggilan 999.

"Tanpa mengira sama ada telefon bimbit itu mempunyai kredit atau tidak, talian disekat atau telefon dikunci, talian 112 boleh dihubungi.

"Kebiasaannya, terdapat 'jalan pintas' untuk mendial 112 pada paparan utama di skrin telefon bimbit," katanya.

Seorang operator kanan bagi pusat panggilan 999 yang tidak mahu dikenali berkata, pesanan menerusi WhatsApp mengenai seorang pelajar kolej mendapatkan bantuan segera selepas menghubungi 112 merupakan satu penipuan.

"Kami telah memeriksa dan tiada panggilan seperti itu dirakamkan. Mesej-mesej palsu seperti ini disebarkan dari semasa ke semasa.

"Perkara tersebut mengelirukan orang ramai," katanya.

Rozinah menegaskan kepada orang ramai supaya tidak menyalahgunakan nombor telefon kecemasan kerana nyawa dipertaruhkan akibat tindakan itu.

Beliau berkata, tiga pusat panggilan MERS 999 di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching, menerima lebih 25.5 panggilan tahun lepas tetapi hanya dua peratus daripadanya merupakan kecemasan yang sebenar.

Sebanyak 67 peratus atau lebih 17 juta merupakan "panggilan senyap".

"Hanya kira-kira 605,000 merupakan kecemasan sebenar dengan 41 peratus melibatkan perubatan," katanya kepada Sunday Star.

Bagaimanapun katanya, panggilan berbentuk gurauan (prank) dengan "maklumat" penuh kecemasaan berada pada tahap minimum.

"Secara purata, kami menerima 70,000 panggilan setiap hari sejak 2014. Pusat panggilan menghubungkan 25 peratus panggilan yang benar kepada polis, 20 peratus ke Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.

Seorang lagi operator 999 yang tidak mahu dikenali berkata, ada pemanggil membuat panggilan hanya sekadar "suka-suka".

"Kami akan menasihati mereka secara baik meminta mereka menamatkan panggilan," katanya sambil menambah panggilan seumpama itu kebiasaannya dibuat oleh kanak-kanak dan mereka yang sekadar mahu "main-main".

Artikel Lain