Lutut Remaja Sindrom Down Tertusuk Pagar Besi - Semasa | mStar

Lutut Remaja Sindrom Down Tertusuk Pagar Besi

-foto THE STAR
JOHOR BAHARU: Seorang remaja Sindrom Down terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit selepas lutut kirinya tertusuk sebatang besi pagar di rumahnya di Jalan Bentara 9, Taman Skudai Baru, Skudai, di sini, Jumaat.

Kejadian berlaku ketika remaja lelaki terbabit, Thien Kim Seng, 15, sedang bermain di perkarangan rumahnya sebelum dia dipercayai memanjat pagar itu lalu tertusuk.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Ezam Mistorerrodin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 5 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan khidmat khas terbabit.

"Anggota tiba 10 minit kemudian dan mendapati remaja terbabit masih tersangkut di pagar rumahnya dengan bahagian tepi lututnya tertusuk pada sebatang besi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong besi itu dan remaja berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain