suria

Angin Kencang Timur Laut Dijangka Berterusan Hingga Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Reef South dan Labuan dijangka berterusan hingga Jumaat ini. 

Keadaan sama turut berlaku di perairan Sarawak (Mukah, Bintulu, dan Miri), Sabah (Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Rabu berkata, keadaan itu turut menyebabkan laut bergelora setinggi 3.5 meter dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dan ia berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi serta sukan laut.

Jabatan Meteorologi

Artikel Lain