suria

Tuan Ibrahim Tuan Man Dicalon Tentang Haji Hadi

Tuan Ibrahim Tuan Man

KOTA BHARU: PAS Kota Bharu pada Isnin telah memecah tradisi dengan mencalonkan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu Jun nanti.

Sepanjang 13 tahun menjadi presiden, iaitu sejak mengambil alih daripada Datuk Fadzil Noor, Hadi tidak pernah ditentang oleh sesiapa pun.

Ketuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di sini menjelaskan keputusan untuk mencalonkan Tuan Ibrahim adalah keputusan sebulat suara.

"Sebab mengapa PAS Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim sebagai calon presiden adalah kerana soal kesihatan...beliau (Hadi) perlu berehat," tegas Wan Rahim.

Beliau bagaimanapun menjelaskan yang PAS Kota Bharu tidak berunding dengan Tuan Ibrahim berhubung pencalonan itu atau mendapatkan restunya terlebih dahulu.

"Tetapi berdasarkan firasat saya, Abdul Hadi sendiri akan bersetuju dengan pencalonan Tuan Ibrahim sebagai presiden," ujarnya.

Wan Rahim juga berkata, seandainya Tuan Ibrahim menolak pencalonan ini, ia bukanlah salah PAS Kota Bharu.


Kumpulan ulama dalam PAS telah menyeru agar jawatan presiden tidak ditandingi.

Artikel Lain