suria

Jabatan Meteorologi Malaysia Nafi Keluar Amaran Tsunami

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu menafi telah mengeluarkan amaran bahawa tsunami akan melanda Pulau Pinang, Langkawi dan Perlis seperti yang tersebar di internet.

Justeru, jabatan itu dalam kenyataan akhbar di sini menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang tersebar dalam media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia. 

"Untuk pengesahan maklumat sila rujuk laman sesawang MetMalaysia dihttp://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau facebookhttps://www.facebook.com/malaysiamet," menurut kenyataan itu.

Orang ramai juga boleh merujuk laman twitter jabatan itu dihttps://twitter.com/malaysiamet atau hubungi MetMalaysia hotline di talian1-300-22-1MET (1638). 

Dakwaan mengenai tsunami akan melanda Pulau Pinang, Langkawi dan Perlis itu tersebar di laman sosial pada Jumaat.

Artikel Lain