Pahang Timbang Wujud Biro Khas Jaga Kebajikan Kaum Cina, India - Semasa | mStar

Pahang Timbang Wujud Biro Khas Jaga Kebajikan Kaum Cina, India

Adnan Yaakob.
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bersedia untuk mempertimbangkan penubuhan Biro Khas bagi Menjaga Kebajikan Kaum Cina dan India di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Katanya perkara itu akan diketengahkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri  akan datang untuk dibincangkan dan perlu mendapatkan perkenan Sultan Ahmad Shah, sebelum penubuhannya diumumkan secara rasmi. 

"Di Pahang kita tidak mempunyai Exco daripada kaum Cina dan India, jadi agak susah untuk kita dalam isu khusus yang melibatkan kaum-kaum ini, termasuk perihal berkaitan kebajikan," katanya. 

Adnan berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2015 anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Tionghua Kuantan di Dewan Sukpa di sini, Sabtu.

Walaupun belum mempunyai biro khas, Adnan berkata kebajikan kaum Cina dan India di Pahang tidak pernah diabaikan kerana kerajaan negeri sentiasa berhubung dengan pemimpin daripada kaum berkenaan.

Selain itu, Adnan juga berharap semua rakyat negeri ini untuk memainkan peranan masing-masing memelihara perpaduan dan membangunkan ekonomi negeri dalam keadaan ekonomi yang dijangka mencabar tahun ini.

Bagaimanapun katanya:"Dengan ketibaan Tahun Kambing kali ini, kita harap kedudukan ekonomi juga akan bertambah baik, seperti kepercayaan masyarakat Cina bahawa Tahun Kambing melambangkan keuntungan, perdamaian dan kemakmuran." 

Sementara itu, berkaitan isu Cameron Highlands, Adnan berkata kerja penanaman semula pokok-pokok yang sesuai akan dilakukan selepas operasi penguatkuasaan selesai. 

"Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada penanam sayur kecil-kecilan yang memang menyara keluarga dengan bertani juga akan diberikan selepas tamat operasi melibatkan tanah yang sesuai sahaja," katanya. 

Adnan Yaakob

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain