suria

Mayat Mohd Firdaus Akhirnya Ditemui

KOTA BAHARU: Polis pada Selasa mengesahkan mayat yang dijumpai pada Jumaat lepas di Pantai Kemayan, Bachok merupakan mayat Mohd Firdaus Mat Adam, 24.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata identiti mayat disahkan menerusi ujian cap jari oleh Unit Forensik.

"Keluarga mangsa sebelum ini tidak dapat membuat pengecaman ke atas mayat berkenaan kerana terdapat perubahan fizikal pada mayat," katanya.

Mohd Firdaus dan adiknya Mohd Faiz, 19, hilang dibawa arus ketika mandi di Pantai Irama, Bachok pada Khamis lepas.

Mayat adiknya ditemui sebelum itu pada Jumaat.

Bachok, Lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain