Proton Gesa Pemilik Inspira Buat Pemeriksaan Kereta - Semasa | mStar

Proton Gesa Pemilik Inspira Buat Pemeriksaan Kereta

KUALA LUMPUR: Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menggesa 5,280 pemilik kereta Inspira yang dikeluarkan antara September 2010 hingga Mei 2011 menghubungi pusat servis Proton untuk pemeriksaan percuma.

Proton berkata, gesaan itu dibuat seiring dengan kempen pembaikan dan pemeriksaan percuma Mitsubishi Malaysia Motor yang melibatkan brek booster dan tali berjalur-V ke atas model-model tertentu Mitsubishi yang dipasang sepenuhnya (CBU).

"Dipercayai unit 'Drive Belt Pulley' dalam kereta Proton Inspira yang dikeluarkan dalam tempoh itu mungkin sudah haus selepas jarak perbatuan tertentu serta keadaan pemanduan.

"Ini akan menyebabkan kehausan pramatang dan kelusuhan kepada unit itu, yang mungkin akan menyebabkan kehabisan bateri dan kepanasan enjin serta membebankan sistem stereng kuasa," katanya.

Penggantian tersebut adalah percuma termasuk kos buruh.

Proton , Inspira

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rafizi Pelawa KJ Berdebat

Artikel Berkaitan

Proton Ambil Berat Isu Exora Terbakar

Kereta Rasmi Kerajaan Hilang

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain