suria

Tujuh Suspek Kes Bunuh Ahli Perniagaan Ditahan

GEORGE TOWN: Kereta mewah bernilai kira-kira RM1 juta dan wang tunai RM200,000 dirampas daripada tujuh lelaki yang ditahan berkaitan pembunuhan ahli perniagaan Datuk Seri Law Chow Yeong yang diculik di Bukit Mertajam.

Menurut sumber, suspek yang berusia antara 22 dan 50 tahun, terbabit dalam aktiviti memberi pinjaman wang haram secara haram.

Mereka ditahan di rumah mereka di Sungai Ara dan Bukit Mertajam pada Khamis oleh pasukan polis berikutan maklumat orang ramai.

"Wang tunai itu adalah daripada penghutang manakala kereta, dua buah Toyota Vellfire, sebuah BMW dan sebuah SUV dibeli menggunakan keuntungan haram.

"Turut dirampas hampir 100 keping cek berjumlah ratusan ribu ringgit yang dikeluarkan oleh penghutang.

"Suspek ditahan sementara menunggu siasatan. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri juga sedang menjalankan siasatan terhadap aktiviti memberi pinjaman secara haram, "kata sumber itu, Jumaat.

Sumber itu berkata polis tidak menolak pinjaman wang haram dan aktiviti kongsi gelap sebagai motif pembunuhan itu.

Pada Selasa, polis juga menahan 26 orang berkaitan pembunuhan Chow Yeong. Kesemua mereka telah dibebaskan selepas tempoh tahanan selama sehari.

Majistret pada Rabu menolak lanjutan reman terhadap mereka dan mereka dibebaskan kira-kira pukul 7 malam.

Pada 13 Januari , Chow Yeong dilaporkan hilang di Bukit Tengah, Juru, oleh ahli keluarganya.

Beliau terakhir dilihat keluar dari pusat refleksologi di Bukit Mertajam apabila beberapa orang menarik beliau masuk ke dalam kereta.

Mayatnya yang teruk dibakar ditemui di Lumut pada 16. januari. Adiknya berjaya mengenal pasti mayat melalui rekod pergigian.

Artikel Berikut

Artikel Lain