Rang Undang-Undang Anti Keganasan Dibentang Mac - Semasa | mStar

Rang Undang-Undang Anti Keganasan Dibentang Mac

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUCHING: Rang Undang-undang Anti Keganasan sedia untuk dibentangkan di Parlimen bulan depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata undang-undang itu penting untuk membendung pengaruh pengganas kerana peruntukan sedia ada kebanyakannya menguruskan perkara selepas kejadian.

"Mereka mempengaruhi remaja dan anak-anak kita. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan. Mereka pergi ke universiti, ke sekolah-sekolah. Ini merupakan cabaran besar bagi Kerajaan, " kata Junaidi Khamis ketika mengulas mengenai penahanan gadis berusia 14 tahun baru-baru ini yang disyaki cuba untuk menyertai Negara Islam (IS).

 
Gadis dari Muar itu telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) pada Selasa sebelum menaiki penerbangan ke Kaherah, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Junaidi berkata kumpulan pengganas menggunakan media sosial dan kaedah asas untuk menyebarkan pengaruh mereka dari dalam dan luar Malaysia.

"Jika seorang guru dipengaruhi, maka guru itu boleh mempengaruhi anak-anak orang lain, sebabnya itulah pihak polis sedang meningkatkan pengumpulan data perisikan mereka.

"Undang-undang pencegahan diperlukan supaya kita boleh mengambil tindakan sebelum sesuatu perbuatan dilakukan."

Junaidi berkata kumpulan pengganas yang menyalahgunakan Islam sebagai alat politik merupakan ancaman kepada semua rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Islam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Cedera Diserang Gajah

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain