suria

Lee Kuan Yew Stabil, Guna Alat Sokongan Pernafasan

SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, 91 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital namun keadaannya stabil.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Lee dimasukkan di Hospital Besar Singapura pada 5 Februari lalu akibat radang paru-paru.

"Keadaannya stabil dan masih menggunakan alat sokongan pernafasan. Beliau dalam keadaan stabil," menurut kenyataan tersebut.

"Doktor pakar sedang mengikuti perkembangan kesihatannya."

Lee, bapa kepada Perdana Menteri sekarang, Lee Hsien Loong, ketika pemerintahannya berjaya mengubah Singapura daripada ekonomi yang mundur menjadi antara negara terkaya di Asia dalam tempoh tiga dekad.

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri bermula 1959 apabila Singapura mencapai pemerintahan sendiri dan bebas daripada pemerintahan kolonial British sehingga meletak jawatan pada 1990, kemudian diganti timbalannya Goh Chok Tong dan menyerahkan semula kuasa itu kepada Hsien Loong pada 2004.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diasaskan Lee masih berkuasa pada setiap pilihan raya negara itu sejak tahun 1959 dan kini menguasai 80 daripada 87 kerusi di Parlimen. 

Lee Kuan Yew

Artikel Lain