Langkawi Perlu Dibahagikan Kepada Zon Untuk Kelestarian Alam - Semasa | mStar

Langkawi Perlu Dibahagikan Kepada Zon Untuk Kelestarian Alam

LANGKAWI: Pembangunan pesat dan kemajuan infrastruktur di Langkawi memerlukan pulau itu dibahagikan kepada zon untuk aktiviti yang berbeza secara mikro bagi memastikan kelestarianalam dapat dikekalkan.

Pengarah Institut Oseanografi dan Persekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Zulfigar Yasin berkata usaha itu berkonsepkan pemuliharaan dan pemeliharaan sesuatu tempat terpilih bagi memastikan kelangsungan ekologi sistem pada masa akan datang.

"Misalnya lokasi yang sensitif sebagai kawasan pemuliharaan hendaklah dipelihara dan tidak boleh dibuat pembangunan, begitu juga kawasan perikanan yang menjadi sumber makanan hendak dipelihara, manakala kawasan perindustrian hanya di sebahagian tempat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Zulfigar berkata Langkawi menjadi tumpuan pelancong disebabkan keindahan alam semula jadi dan kerana itu ia perlu dipulihara bermula daripada sekarang.

"Umpamanya di Langkawi yang bersaing dengan sumber, peningkatan guna tanah dan pertambahan pelancong, ini harus diberikan analisis dan polisi yang mantap berdasarkan sains," katanya.

Zulfigar yang juga Ketua Ekspedisi Saintifik UMT Siri I: Selat Melaka 2015 ditemui Bernama ketika pelayaran kapal RV Discovery UMT dari Kuala Terengganu pada 19 Jan lepas dan tiba di Pulau Langkawi pada 16 Feb.

Jelasnya ketibaan ekspedisi itu di Langkawi adalah untuk menjalankan penyelidikan di sekitar perairan Langkawi bagi mengetahui tahap kesihatan perairan marin di pulau-pulau dan perairan sekitar Langkawi.

Hasil kajian mengenai perairan marin itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah dan ecxo yang bertanggungjawab, katanya.

"Kami turut kaji umpamanya kesan pencemaran air ke atas ekosistem Langkawi, apakah kesan bahan terampai, kesan perkapalan dan kesan pemendapan ke atas habitat batu karang dan ikan," katanya.

Ekspedisi saintifikyang disertai kira-kira 49 penyelidik itu bertujuan melaksanakan penyelidikan berkaitan kelestarian persekitaran marin di kawasan perairan Selat Melaka dengan mengggunakan kaedah dan teknologi terkini.

Langkawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa