suria

Najib Zahirkan Penghargaan Kepada Petugas Di Musim Perayaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan dan pihak lain yang bertugas di musim perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Dalam catatan di laman Facebook beliau, Najib berkata pengorbanan mereka ketika rakyat Malaysia yang lain bercuti sememangnya dihargai.

"Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan seperti pihak polis, tentera, bomba, para doktor dan pegawai kesihatan serta mereka yang bertugas ketika waktu cuti ini bagi melindungi rakyat dan memelihara keamanan negara.

"Pengorbanan anda semua amat dihargai," katanya.

Perdana menteri turut menggesa rakyat Malaysia supaya memenuhi waktu cuti itu bersama keluarga dengan aktiviti yang merapatkan lagi talian kekeluargaan.

"Tentu ramai yang telah merancang pelbagai aktiviti menarik sempena cuti panjang minggu ini. Mudah-mudahan semua dapat habiskan waktu cuti berkualiti bersama anggota keluarga dan yang tersayang," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain