Lapan Penjawat Awam Antara 11 Dicekup Terbabit Judi Siber - Polis - Semasa | mStar

Lapan Penjawat Awam Antara 11 Dicekup Terbabit Judi Siber - Polis

PENAMPANG: Polis menahan 11 lelaki dan lapan daripadanya adalah penjawat awam kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian internet secara haram dalam serbuan di sebuah hotel di Putatan, Selasa.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Azmir Abdul Razak berkata, kesemua individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah bilik di hotel berkenaan pukul 10 malam itu berumur antara 25 dan 42 tahun.

Turut ditahan seorang wanita tempatan berumur 31 tahun yang dipercayai bekerja untuk sindiket itu dan kesemuanya direman sejak semalam sehingga 20 Februari ini.

"Peralatan seperti komputer riba, komputer peribadi, penghala, modem internet dan wang tunai berjumlah RM1,910 turut dirampas dalam serbuan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di sini, Rabu.

Menurut Azmir, modus operandi sindiket itu ialah bertukar dari bilik ke bilik di hotel yang sama dan menggunakan peralatan mudah alih bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka.

Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan hotel di negeri ini supaya sentiasa prihatin dengan kegiatan seperti itu dan memastikan tidak ada sebarang kegiatan haram dilakukan di premis mereka.

Putatan , Penampang , Azmir Abdul Razak , internet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain